By: apit op

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Chicken Chop

 
full course... with garlic toast & crab soup(instant)


Thursday, 17-Nov-2005 12:00 Email | Share | | Bookmark
Colour of autumn

 
 
 
View all 6 photos...


Saturday, 5-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Hari Raya Nagoya

rasa cam suasana dlm video klip raya lak
antara juadah yg disediakan
aneka kek & dessert
View all 12 photos...

TARIKH: 5 November 2005 (Sabtu)
MASA: 10 a.m – 3 p.m
TEMPAT: Chikusadai no Shukaijo

tak lengkap sambutan hari raya tanpa jamuan hari raya. tahun nie kitorang warga nagoya buat jamuan raya pada hari raya ketiga. preparation tahun nie lebih teratur sbb buat raya ketiga so masalah kelewatan tu dpt dikurangkan sbb semua org dpt dtg lebih awal (tak mcm tahun lepas sbb paginya ada semayang raya) aneka menu disediakan antaranya satay & kuah kacang, laksa penang, murtabak, bihun goreng & pelbagai dessert . makanan tahun nie pun alhamdulillah sedang elok, xde le sampai terlebih2 mcm tahun lepas. selain jamuan, tahun nie ada sesi ucapan & nasihat utk kebaikan semua. tp sejauh mana keberkesanannya tu tak dpt dijamin sbb tgk gaya mcm ramai juga yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. yg penting semua org nampak happy. tak byk ambik gambar tahun nie, sbb rasa letih sgt sampai nak ambik gambar pun xde mood. so kalau nak tgk shot2 yg lbh menarik boleh le tgk kat fotopage Afzan & Ain -> http://mapley.fotopages.com/?entry=606161&back=http://mapley.fotopages.com/?page=0 & http://aiyeen.fotopages.com/?entry=605198&back=http://aiyeen.fotopages.com/?page=0 apa2 pun terima kasih kpd semua yg menjayakan majlis & tolong buat preparation & menyediakan juadah


Thursday, 3-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Eid Mubarak (1 Syawal 1426)

bertakbir sementara tunggu solat sunat Aidilfitri
 
gGgrrRRRr...sojuk
View all 9 photos...

Alhamdulillah sempurna sudah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. nasib baik tahun nie hari raya jatuh pada hari Khamis (cuti umum) so dpt le gi solat sunat Aidilfitri. bangun pagi dgn kepala sedikit 'weng' sbb tak cukup tido coz lepas takbir raya mlm sebelumnye ada pulak BBQ sampai pukul 1 pg. balik rumah pulak smbg masak apa yg patut. sambil bersiap2 pakai baju raya utk gi sembahyang raya dengar takbir raya kat com (feeling jap ). spt tahun lepas tahun nie Solat sunat Aidilfitri diadakan di Port Messe Nagoya.... walaupun agak jauh tp dgn semangat raya alhamdulillah dpt juga gi sembahyang raya tahun nie (berjaya juga mengejutkan driver, kalau tak memang tak gi semayang raya le) balik dr sembahyang raya ada yg sibuk menelefon sanak-saudara di M'sia, maklum le nak ucapkan Selamat Hari Raya & bermaaf-maafan ..... lepas tu gi beraya le, hari nie jiran Joe & family buat open house menu nasi dagang. lepas tu lak gi beraya open house rumah kak Salina & Otot menu nasi impit, rendang & Japanese food. pastu terpaksa le berebut balik sbb tak siap masak lg, cadangnye malam nak buat makan2 sikit utk jiran tetangga sbb tahun nie sibuk baito so tak sempat nak buat open house mcm tahun2 sudah. nasib baik sempat gak le masak sendiri masak tp sempat makan sket je sbb nak kene gi kedai halal beli brg2 utk jamuan raya Sabtu (3 Syawal). tetamu dtg pun tak sempat nak layan, gomenne sape2 yg aku tak sempat layan tu dan sorry gak le sbb tahun ni tak dpt jemput semua sbb tak larat & tak cukup masa nak masak byk2. memang 1 hari yg memenatkan tp kene setelkan gak semua perancangan. balik dr kedai halal terus tido pengsan sampai ke pg walaupun kepenatan tp over all sambutan hari raya tahun nie kira meriah gak le sbb ada byk open house nie je le gambo yg sempat diambil (tak suka gambar raya kat Jepun sbb tiap2 tahun mesti mata sepet & muka ngantuk sbb tak cukup tido mlm sblmnye)


Sunday, 30-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Iftar Ramadhan 2005 - Masjid Nagoya

mari menggoreng cucur udang
nie nak buat keje ke nak berlakon??
gambatte... dah pukul 3 nie... kang tak sempat lak
View all 10 photos...
Ramadhan dtg lagi dan seperti tahun2 sebelumnye kitorang students M'sia kat Nagoya diminta utk menyediakan juadah berbuka utk Majlis Iftar di Masjid Nagoya bersama2 org Indonesia.....seperti biasa kitorang menyediakan kuih-muih, air & buah utk berbuka manakala org Indonesia menyediakan nasi & lauk. so utk tahun nie kitorang cek mek molek & cucur udang (budak lelaki) and kuih onde-onde @ buah melaka(budak pompuan) pastu wife abg Azman ada buat kuih apam pandan.....tahun nie pek kuih istimewa sket & lbh cantik sbb disponsor oleh Osh, setiap jemaah dpt sebungkus kuih, air & mikang.....and then org Indonesia buat bento lauk bergedel daging, sambal ikan bilis & kari ayam
seronok buat kerje ramai2 nie, tp tahun nie agak kelam-kabut sket sbb paginye ada baito (keje part time) and bile sampai time lepas Zohor tu nampak gayanye masa yg dianggarkan mmg dah tersasar jauh. nasib baik le sempat gak siapkan semua kuih2 tu walaupun giri2. pastu ada lak insiden salah beli keledek, tp shouganai le sbb org lain yg patut buat keje kekyoku org lain yg beli brg so tak adil le kalau nak salahkan org yg beli brg je..... tahun depan insyaallah kita buat sama2 lg ye, tp aku tak nak tantou lg a . cukup le 2 tahun. bg peluang kat org lain lak. nampak gaya ada 2,3 org yg berbakat jd tantou tp belum diberi peluang so next year yoroshikune gambar2 nie pun ambik time dah nak siap so budak2 meiko dah balik sbb diorang shift pg, gomenne......terima kasih kepada semua warga Nagoya yg terlibat secara langsung atau tidak langsung yg sama2 menyumbangkan wang, masa & tenaga utk menyediakan juadah berbuka tahun nie...semoga kita semua beroleh rahmat di bulan yg mulia ini.......otsukaresama deshita
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net